Kelas Pengenalan dan Pendaftaran Akaun Percubaan Yezza
8 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada Isnin - 7 Mac 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas pengenalan dan pendaftaran akaun percubaan yezza secara dalam talian menggunakan aplikasi google meet. Objektif kelas adalah untuk mendedahkan peserta dengan aplikasi ecommerce yang boleh dijadikan platform untuk memasarkan produk jualan masing-masing secara digital. Yezza merupakan sebuah alat bisnes berbentuk apps untuk pelbagai jenis bisnes bagi membolehkan pemegang akaun membuat jualan dengan lebih cepat secara whatsapp mahupun e-commerce.
Untuk memudahkan lagi pengurusan bisnes, Yezza juga menawarkan payment gateway dan integerasi perkhidmatan penghantaran untuk memastikan anda dapat menawarkan kedai atas talian dengan cepat dan mudah. Pada hari ini, peserta dibawa untuk memuat turun aplikasi yezza dan mendaftar akaun percubaan. Selain itu, peserta juga dikongsi dengan cara mengemaskini profil kedai digital dan memasukkan produk ke dalam kedai digital tersebut. Seterusnya, mereka dibimbing untuk menetapkan tetapan pembayaran secara payment gateway dan proses pengeposan produk.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
• Peserta mampu mengenalpasti fungsi dan manfaat yezza dalam membantu usahawan memasarkan produk jualan mereka.
• Peserta berjaya mendaftar akaun percubaan di Yezza store.
• Peserta dikongsi dengan cara mengemaskini profile kedai dan memasukkan produk jualan.
• Peserta berjaya membuat tetapan pembayaran dan proses pengeposan produk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: